Pages

Wednesday 21 December 2011

Lagu ABC Kanak -Kanak

Monday 12 December 2011

Tuesday 6 December 2011

Program Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu


Berikut adalah peranan yang boleh guru lakukan dalam pengajaran bahasa Malaysia.
 Ini antara peranan guru bagi menjayakan program “Bulan Bahasa Kebangsaan” sekaligus untuk merealisasikan dasar MBM:-



Gambar ini diambil semasa  “Program 10 minit Membaca” yang dijalankan oleh Sk Sultan Yussuf,Batu Gajah di tapak perhimpunan pada 31 Oktober 2011.Murid Prasekolah terlibat sama dalam aktiviti ini.

Aktiviti di dalam kelas :-


 Aktiviti lakonan bagi memantapkan penguasaan bahasa.







Aktiviti  bercerita pada hari penutupan “Program 10 minit Membaca” 

Monday 5 December 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan Prasekolah
Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur  empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti  yang menyeronokkan ,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk  konsep  kendiri  yang positif  pada diri kanak-kanak agar mereka  berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif  dalam aspek jasmani,emosi dan sosial ,intelek dan rohani seperti berikut :
     i.        Mempunyai konsep kendiri  yang positif  dan jati diri.
    ii.        Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  iii.        Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
   iv.        Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia ,bahasa Inggeris dan pengantar dalam konteks kehidupan harian.


Organisasi Kurikulum

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard  kandungan dan standard pembelajaran.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan ,kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang Pembelajaran seperti Komunikasi.

Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah.

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa, Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Sudut - Sudut Dalam Kelas Prasekolah