Pages

Monday 5 December 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan Prasekolah
Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur  empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti  yang menyeronokkan ,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk  konsep  kendiri  yang positif  pada diri kanak-kanak agar mereka  berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif  dalam aspek jasmani,emosi dan sosial ,intelek dan rohani seperti berikut :
     i.        Mempunyai konsep kendiri  yang positif  dan jati diri.
    ii.        Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  iii.        Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
   iv.        Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia ,bahasa Inggeris dan pengantar dalam konteks kehidupan harian.


Organisasi Kurikulum

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard  kandungan dan standard pembelajaran.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan ,kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang Pembelajaran seperti Komunikasi.

Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah.

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa, Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

0 comments:

Post a Comment